(Sumber: Murai.com)


HONG KONG: Setiap episod cinta pasti ada detik bahagianya. Begitulah yang terjadi kepada superstar Andy Lau Tak Wah dan wanita yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaannya selama ini, Carol Chu.


Sesudah hampir 24 tahun memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi buat Andy, 47, akhirnya Carol bakal disunting oleh aktor itu sebagai suri hidupnya. Carol yang berasal dari Ipoh, Perak adalah bekas finalis sebuah pertandingan ratu cantik pada 1985.


Andy dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinannya dengan Carol di Malaysia pada hujung April ini.


Apa yang menarik, mereka sudah pun menyiapkan senarai tetamu jemputan. Antaranya, Miu Kiu Wai dan Wong Yat Wa iaitu pelakon yang pernah membintangi siri Five Tiogers bersama Andy dalam drama TVB. Sungguhpun begitu, teman Andy, Sandra Ng, tidak pula diundang.

Akhbar mingguan Hong Kong Oriental, melaporkan bahawa Carol telah dilihat membeli-belah untuk persiapan majlis perkahwinannya di North Point, Hong Kong.


Sebelum ini Andy dilaporkan telah datang ke Malaysia pada Februari lalu untuk bertemu dengan keluarga Carol bagi membincangkan tentang majlis perkahwinan mereka. Tarikh perkahwinan itu pula akan dibuat selepas Andy menjayakan konsertnya di Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 27 April ini.


Untuk laporan lengkap sila ke SINI

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds