I Miss My Friends!!
Posted by miszolive at Wednesday, April 15, 2009 Labels: Geng Budak Siput, It's About ME, Ragam seharian kuWAhh!! Bila aku fikir2, tak lama lagi intake nak masuk ke institut2 atau universiti dah nak mula. Macammana la agaknya kehidupan kitorang ek? Aku plak, kalau blum ada apa2 yang menyangkut kena plak masuk Form6 dulu. Tak pe. Excited gak aku. HAHA! Hari ni, aku bangun jek trus teringat kat kawan2 aku. Huhu. Rindu ler.
HA! Ni nak cerita sikit tentang kawan2 aku. Kitorang satu geng ni ada 6 orang. 5pompuan and 1 je lelaki. Hihi. Sebab. dulu dalam kelas kitorang hanya ada 7 bumiputera je. Yang lain-lain tu cina, jadi kitorang ni mengikat hubungan kawan yang baik la. Yang seorang lagi bumiputera tu tak ngam sangat ngan kitorang so dia tak masuk group la. HIHI. Gambar yang kat atas ni adalah time kitorang celebrate birthday salah seorang member kitorang. Alyne nama nya. Hihi. Tak lama lagi bday dia. Oh ya, Gabungan huruf nama kami pun ada tau. Kitorang ni digelar AALoHA. SEbab??
A: Angelina
A: Angela Jessica
L: Lydia Bangie
O: Olive Linda
H: Hudson
A: Alyne
Gambar yang ni pula gambar time tahun 2007 dulu. Time ni last gathering untuk tahun 2007. Jadi kitorang satu kelas buat keputusan nak buat outing. Kitorang pergi ke Bukit Aup, Sibu. Yang ni member2 tak lengkap sebab yang lain tu tengah sibuk BBQ. Kitorang ni jer yang tak buat apa2. HAHA! Sekarang ni, kumpulan kami ni lebih dikenali sebagai GBS. GENG BUDAK SIPUT. Haa.. Jeng jeng jeng!! Ada sebab kenapa kami buat nama tu. Bukan sebab kami ni lambat macam siput tau!! LOL!!
Haa.. korang nampak tak gambar yang ni? Girl yang paling kanan tu lah yang buat nama group kitorang ni GENG BUDAK SIPUT. Gara-gara dia jugak la kitorang ada logo sendiri. HAHA!!! Dia siap beli keychain yang ada kulit siput kat kitorang 6. Ish2.. bersemangat tau. HAHA!! Yang ni berposing ala2 terlekat kat dinding lak. HAHA!!
Yang ni plak Last gathering untuk kitorang ber-6. Kitorang makan kat kfc untuk celebrate peperiksaan SPM tahun 2008 dah tamat!! Hihi. Hudson ni plak layan handphone, jeling pun takde. Aiyo.
We Are BesTFriend!! Among kitorang ber-6, kitorang ber-3 ni la yang paling rapat. Kalau kitorang bersama, mesti kecoh kelas. Ni yang buat aku rindu ni. biar aku kenalkan dulu bestfriend aku ni ek? Yang paling kiri tu aku la, yang kat tengah2 tu Lydia nama nya, and yang paling kanan tu Angela nama nya. Hihi. Tetiba plak aku teringatkan time aku and angela buat demonstrasi Shuffle kat kelas. Cikgu pun join sekali. HAHA!! Kelas-kelas lain semua heran sebab kitorang tetiba tutup langsir and pintu. Rindu lar. Hihi. itu dulu la, time kitorang ni masih meminati shuffle. SEKARANG?? No comment. LOL!!
Apa-apa pun, persahabatan kitorang ber-6 akan selalu ada. Walau jauh mana pun kitorang pergi, kitorang takkan lost contact. GBS!!!!!